Haiwan-haiwan ini mempunyai bulu tebal yang membolehkan mereka hidup dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk.
Musang artik mempunyai bulu kelabu pada musim panas. Bulu musang artik akan bertukar menjadi tebal dan berwarna putih semasa musim sejuk.
Bulu tebal ini berfungsi seperti selimut untuk memerangkap udara yang akan menghalang haba daripada terbebas ke persekitaran. Ini membantunya menyesuaikan diri dengan suhu Artik yang sejuk.
